Hati Seorang isteri Bercerita
Sunday, 1 April 2018
Aku percaya akan smua janji janji allah. Semua yang termaktub dalam al quran dan dalam semua sunnah nabi. Aq percaya bahawasanya allah la pemegang dunia. Bahkan allah juga lah yang memegang hati hamba hambanya. Ya allah.. aq sangat cinta dan sangat merindui engkau wahai tuhan yang memiliki zat tanpa cela.
Hati aku yang rapuh satu ketika dulu kau beri kelapangan dada sehingga aku merasa lega. Kelegaan yang aku tidak pernah dapat dari mahluk mahluk mu yang mendengar ceritaku. Pada engkau aku meminta. Dan pada engkau aq megadu. Dan pada engkau juga aku berserah.
Engkau menepati janji janji mu ya allah.. aku... sangat cinta akan mu ya allah. Kau tidak pernah menyia yiakan permintaanku dan harapanku. Kau tak pernah membiarkan tadahan tangan ku dan xpernah membiarkan sujudku itu tanpa balasan.
Aku.. jatuh cinta dengan agamamu. Aq mencintai kata kata yang engkau lantunkan dalam surat(al quran) cintamu. Bahkan aku sangat senang dengan sunnah kekasihmu muhammad s.a.w yang menjadikan aku dekat dengan mu.
Cintailah aku wahai tuhanku. Dan jadikanlah cintaku hanya untukmu melebihi cintaku pada hamba hambamu.
Dan sambutlah aku menghadap mu dengan khusnul khatimah.
Saturday, 31 March 2018
Renung Kembali
Bila aku tenung kembali diri ini, seharusnya aku perbaiki segala kelemahanku. Aku yang minta supaya ALLAH berikan aku kekuatan. Tapi kenapa aku lupa ini semua ujian dari doa yang aku hajatkan? Aku sedar... hati aku kosong rupanya. Kosong kerana lalai dengan perintah ALLAH. Ya ALLAH...jauhnya aku menyimpang. Aku tak seperti diriku yang dulu. Aku rapuh terjatuh dengan kehadiran seorang suami. Jadikan aku wanita yang kuat berpegang denganMu ya Rob. Jauhkan ku dari kelalaianku lagi. Lembutkan hatiku dan dekatkan la hati ku dengan kemaafanMu. Dan jadikan lah aku isteri yang pemaaf untuk beribu kali akan datang nanti.
Buat suamiku....
Kembali lah kepangkal jalan. Dirikan yang wajib agar hati ku yang bergelar isteri ini kembali lembut dan taat kepadamu seperti waktu dahulu. Aku isteri yang merindukan kenangan kita bersama saat berpimpin tangan kerumah ALLAH s.w.t.
Binakanlah aku syurga dari kasih sayang mu yang bergelar suami dan redhaMu ya Rob..

Friday, 30 March 2018
Bukan yang pertama kalinya
Apa yang harus dirasa saat kau tahu hatimu di khianati oleh orang yang paling kau sayang? Mendengar pengakuan dari seseorang yang kau kenal menceritakan apa yang sedang dia lakukan pada insan itu? Tidak kah secebis rasa malu itu ada di hatimu? Atau malu itu telah tiada? Malunya aku saat aku mendegar ucapan itu di telingaku dan melihat segala perilakumu di depan mataku.
Engkau mengharapkan syurga dariku. Sedangkan luka yang kau beri padaku. Bagaimana caranya untuk aku tidak melukai hatimu sayang? Berapa lama harus ku perbodohkan diriku hanya kerana megalah dan ingin beralah denganmu? Aku tak sanggup untuk kekal setia lagi denganmu. Malah 95pratus rasa hormatku padamu telah padam dengan penipuan, tidak jujur dan sikap mu yang keji pada aku. Aku menyerah dan patah hati untuk bergelar isterimu lagi. Impianku musnah kerana kamu. Kecewa...bahkan luluh hatiku. Kau ku tatang bagai minyak yang penuh. Penuh cinta dan kasih ku beri. Bahkan segala keinginanmu ku beri tanpa memikirkan letih dan lelah. Aku tewas pada kecewa. Maafkan aku.. dan tolonglah lepaskan aku. Aku benci dengan gelaran isteri yang aku pegang saat ini. Kerana layananmu padaku tidak seperti gelaran yang ku pegang. Rasaku mati. Ya allah.. mengapa masihku beralah sedangkan hatiku kecewa. Aku gagal ya allah.. gagal melawan rase benci yang membuak-buak dalam dada ini.
Aku benci dengan perangai kau.

Thursday, 29 March 2018
Rasa Bersalah
Maafkan aku wahai suamiku..
Aku memohon maaf atas khilafku tidak menjalankan tanggungjawab ku sebagai seorang isteri. Maafkan aku kerana aku membalas dendam dengan tidak mengendahkan mu. Jadinya aku begini kerana terlalu marah dengan cara kamu melayanku tidak seperti yang aku harapkan. Kerana aku makan hati kau mengabaikan aku sebagai seorang isteri, tidak jujur dengan ku, dan membiarkan aku kesepian tanpa belaianmu, tanpa kau degar isi hatiku. Ini yang menjadikan aku dendam sehingga aku tidak sedar akan dosa-dosaku yang tercatat sebagai isteri. Terasa sebak dada ini bila kau pergi kerja aku tidak dpt menyediakn bekal makan untuk mu. Bahkan mungkin duit juga tidak kau bawa. Maafkan aku kerana aku menyalahkanmu. Akan tetapi mamang semua itu berpunca dari dirimu yang menyebabkan aku jadi begini. Aku sayang kamu. Cuma marah itu belum reda. Aku berharap kau dan aku mampu merubah semua itu sebelum terlamnat.
Salam maaf dari ku yang bergelar isteri.

Monday, 26 March 2018
Memujuk hati sendiri
Kalau boleh aku coretkan. Rasa cinta ini tak pernah padam. Ia semakin mekar tapi berduri. Harumnya tersembunyi kerana duri yang melingkar. Masih ku simpan kenangan kita di awan awan fikiranku. Masih tersemat rapi di dalam sanubariku. Andainya engkau tahu, tidak mungkin kau akan menyakitiku.
Kasihku...
Tidak pernah kau turun dari tahta di hatiku. Kau masih milik ku. Milik ku di awan awan fikiranku.
Kasihku...
Tidak pernah kau turun dari tahta di hatiku. Kau masih milik ku. Milik ku di awan awan fikiranku.
Di duakan dibelakang
Selama perkenalanku dengan mu sentiasa ku pertahankan setia padamu. Dari membujang sehinggalah menjadi isterimu. Masih butakah matamu melihat ikhlasnya cintaku padamu? Masih kurangkah belaianku untuk mu sehingga kau mencari yang lain? Atau.. aku yang salah kerana terlalu mencintaimu? Wahai suamiku. Aku sentiasa memaafkan semua dosa-dosamu padaku. Bahkan aku memujuk hatiku sendiri untuk ikhlas menjalani hidup sebagai isteri mu meski ku tahu setiamu tidak cukup pada satu. Bodohkah aku wahai suami kerana sentiasa memaafkanmu? Kerana kemaafan yang ku beri selalu kau sia-siakan. Aku... isteri yang kau dua tigakan di belakangku. 😔
Subscribe to:
Comments (Atom)