Apa yang harus dirasa saat kau tahu hatimu di khianati oleh orang yang paling kau sayang? Mendengar pengakuan dari seseorang yang kau kenal menceritakan apa yang sedang dia lakukan pada insan itu? Tidak kah secebis rasa malu itu ada di hatimu? Atau malu itu telah tiada? Malunya aku saat aku mendegar ucapan itu di telingaku dan melihat segala perilakumu di depan mataku.
Engkau mengharapkan syurga dariku. Sedangkan luka yang kau beri padaku. Bagaimana caranya untuk aku tidak melukai hatimu sayang? Berapa lama harus ku perbodohkan diriku hanya kerana megalah dan ingin beralah denganmu? Aku tak sanggup untuk kekal setia lagi denganmu. Malah 95pratus rasa hormatku padamu telah padam dengan penipuan, tidak jujur dan sikap mu yang keji pada aku. Aku menyerah dan patah hati untuk bergelar isterimu lagi. Impianku musnah kerana kamu. Kecewa...bahkan luluh hatiku. Kau ku tatang bagai minyak yang penuh. Penuh cinta dan kasih ku beri. Bahkan segala keinginanmu ku beri tanpa memikirkan letih dan lelah. Aku tewas pada kecewa. Maafkan aku.. dan tolonglah lepaskan aku. Aku benci dengan gelaran isteri yang aku pegang saat ini. Kerana layananmu padaku tidak seperti gelaran yang ku pegang. Rasaku mati. Ya allah.. mengapa masihku beralah sedangkan hatiku kecewa. Aku gagal ya allah.. gagal melawan rase benci yang membuak-buak dalam dada ini.
Aku benci dengan perangai kau.
No comments:
Post a Comment