Monday, 26 March 2018
Di duakan dibelakang
Selama perkenalanku dengan mu sentiasa ku pertahankan setia padamu. Dari membujang sehinggalah menjadi isterimu. Masih butakah matamu melihat ikhlasnya cintaku padamu? Masih kurangkah belaianku untuk mu sehingga kau mencari yang lain? Atau.. aku yang salah kerana terlalu mencintaimu? Wahai suamiku. Aku sentiasa memaafkan semua dosa-dosamu padaku. Bahkan aku memujuk hatiku sendiri untuk ikhlas menjalani hidup sebagai isteri mu meski ku tahu setiamu tidak cukup pada satu. Bodohkah aku wahai suami kerana sentiasa memaafkanmu? Kerana kemaafan yang ku beri selalu kau sia-siakan. Aku... isteri yang kau dua tigakan di belakangku. 😔
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment