Thursday, 29 March 2018

Rasa Bersalah

Maafkan aku wahai suamiku..

Aku memohon maaf atas khilafku tidak menjalankan tanggungjawab ku sebagai seorang isteri. Maafkan aku kerana aku membalas dendam dengan tidak mengendahkan mu. Jadinya aku begini kerana terlalu marah dengan cara kamu melayanku tidak seperti yang aku harapkan. Kerana aku makan hati kau mengabaikan aku sebagai seorang isteri, tidak jujur dengan ku, dan membiarkan aku kesepian tanpa belaianmu, tanpa kau degar isi hatiku. Ini yang menjadikan aku dendam sehingga aku tidak sedar akan dosa-dosaku yang tercatat sebagai isteri. Terasa sebak dada ini bila kau pergi kerja aku tidak dpt menyediakn bekal makan untuk mu. Bahkan mungkin duit juga tidak kau bawa. Maafkan aku kerana aku menyalahkanmu. Akan tetapi mamang semua itu berpunca dari dirimu yang menyebabkan aku jadi begini. Aku sayang kamu. Cuma marah itu belum reda. Aku berharap kau dan aku mampu merubah semua itu sebelum terlamnat.

Salam maaf dari ku yang bergelar isteri.

No comments:

Post a Comment